Pages

Sunday, June 3, 2012

Prakata - Digital Effect & Compositing

Secara keseluruhannya subject ini adalah sangat menarik bagi mereka yang gemar bermain dengan kesan-kesan khas untuk diaplikasikan kepada video yang dirakam. Objektif utama subjek ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk menggunakan perisian Adobe After Effects untuk menambah baik persembahan visual sesuatu video atau motion graphics dengan mengaplikasikan kesan-kesan khas terhadapnya.


PENILAIAN
100% markah penilaian adalah daripada kerja kursus/kuiz/projek yang akan diberi. Ini bermakna tiada sebarang ujian akhir untuk subjek ini (setakat ini). Oleh itu para pelajar boleh memberi tumpuan yang lebih untuk mempelajari, mengkaji & mengaplikasikan teknik-teknik kesan khas video & perisian After Effects, samada di dalam dan juga diluar kelas, tanpa perlu membuat ulangkaji untuk peperiksaan akhir.

Criteria yang akan dinilai :
  1. Kehadiran.
  2. Inisiatif/Effort belajar
  3. Keaslian hasil kerja
  4. Skill perisian & kreativity.
  5. Teamwork.
  6. Kualiti kerja.(nilai estetika)

PERINGATAN
  1. Sebarang bentuk plagiarism/peniruan dalam kerja kursus,kuiz, projek & sebagainya adalah dilarang sama sekali.
  2. Semua tugasan WAJIB dihantar pada tarikh yang ditetapkan. Penghantaran yang lewat akan dipotong markah.
  3. Jangan hanya bergantung pada apa yang dipelajari di dalam kelas sahaja. Ambil inisiatif untuk membuat research, ulangkaji & perbincangan diluar kelas samada dengan rakan-rakan atau pensyarah.
  4. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mendapatkan/install perisian yang diperlukan pada pc/laptop masing-masing.
  5. Pencapaian anda adalah tanggungjawab anda sepenuhnya.
RUJUKAN
  1. Video Copilot - http://www.videocopilot.net/basic/
  2. Aetuts+  - http://ae.tutsplus.com
  3. Youtube - http://www.youtube.com - seacrh After Effects.
  4. dan banyak lagi - cuba cari...

No comments:

Post a Comment